Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wilfred menyerahkan cek berjumlah RM20,000 kepada Alice Livan bagi kegunaan RSK Kuching. Foto: TVS

Rakyat Sarawak masyarakat penyayang – Wilfred Yap

KUCHING, 3 Mei: Rakyat Sarawak adalah masyarakat penyayang, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap.

Beliau turut berharap agar sifat penyayang ini akan diteruskan masyarakat di negeri ini seiring menuju Sarawak Maju pada tahun 2030.

Katanya, apa yang dinikmati hari ini tidak mungkin akan dikecapi tanpa sumbangan generasi terdahulu.

“Sekarang anda telah tua dan tiba masanya anda dijaga oleh masyarakat selepas sumbangan yang telah diberikan menerusi institusi seperti Rumah Seri Kenangan ini.

“Rakyat Sarawak adalah masyarakat penyayang, bersamalah kita maju ke hadapan bersama warga emas” katanya.

Wilfred berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rumah Seri Kenangan (RSK) Kuching di sebuah hotel terkemuka di Kuching malam tadi.

Majlis makan malam tersebut diadakan Lembaga Pelawat dan Kakitangan RSK Kuching untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga emas tanpa mengira kaum dan agama di bawah jagaan institusi tersebut.

Pada majlis sama, ADUN Kota Sentosa itu turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada RSK Kuching.

“Sebelum ini saya dimaklumkan oleh Pengetua bahawa Rumah Seri Kenangan Kuching memerlukan bantuan dana untuk menanggung beberapa kos tertentu.

“Namun begitu, sebentar tadi saya dimaklumkan bahawa kos tersebut telah ditanggung oleh syarikat Petronas.

“Sumbangan tetap akan saya berikan dan ia boleh digunakan untuk kegunaan lain di Rumah Seri Kenangan” katanya.

Hadir sama ialah Pengetua RSK Kuching, Sharifah Ranimah Wan Hashim, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat RSK Kuching, Datin Alice Livan Egang serta barisan kakitangan dan pengurusan RSK Kuching.

Untuk rekod terdapat 10 buah RSK seluruh negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan RSK Kuching mempunyai 60 penghuni semasa-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan