Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai yang datang menghadiri Program Mamogram Bergerak di Sarikei. Foto fail: TVS.

Mampukah Pusat Kanser Sarawak penuhi permintaan pesakit?

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Mei: Bakal menjadi tumpuan dalam rawatan kanser semestinya ramai menjangkakan Pusat Kanser Sarawak yang bakal dibina pasti akan dapat memenuhi permintaan semua dari segala aspek.

Namun, sejauh manakah ia boleh dicapai? Pakar Kesihatan Perubatan Awam, Dr Helmy Hazmi berkata, Malaysia masih lagi berdepan dengan masalah kekurangan pakar onkologi.

“Setakat tahun 2022, bilangan pakar onkologi yang berdaftar di Malaysia adalah seramai 128 orang. Seramai 36 pakar onkologi berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 14 di hospital universiti dan 78 di hospital swasta.

“Dari segi nisbah, negara kita mempunyai tiga sehingga empat pakar onkologi bagi setiap satu juta rakyat Malaysia sedangkan kita memerlukan lapan sehingga 10,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau berkata, bagi menambah bilangan antara insan yang memainkan peranan penting dalam kanser memerlukan kolaborasi tiga pihak iaitu akademia, kerajaan dan industri.

Mengulas mengenai rawatan, Dr Helmy percaya bahawa Pusat Kanser Sarawak mampu memberikan kepakaran dari segi rawatan seperti rawatan secara tepat (Precision Cancer Therapy) di mana pesakit tidak perlu atau kurang bergantung kepada kaedah kimoterapi.

Ia merupakan rawatan terus menjurus kepada sel-sel kanser yang dapat dikenal pasti oleh ubat-ubatan yang bakal diberikan kepada pesakit.

Dalam masa sama, beliau juga berkata, kekurangan dari segi kesedaran dan pemahaman rakyat dalam mengamalkan gaya hidup sihat mendorong kepada peningkatan kanser.

Terdahulu Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tahun 2022 mencatatkan peningkatan kes kanser dari 2,114 kes (2021) kepada 2,619 kes.

Di Malaysia, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita adalah kanser payudara, kanser kolorektal dan diikuti kanser serviks manakala bagi lelaki, kanser kolorektal merupakan kes paling tinggi dihidapi diikuti dengan kanser paru-paru dan kanser prostat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan