Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kereta mangsa selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 42 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai hari ini. Foto: Ihsan PDRM

Nenek dan cucu perempuan maut, kereta dipandu anak lelaki terbabas

ByBernama

MACHANG, 2 Mei: Seorang nenek dan cucu perempuannya maut apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandu anak lelaki warga emas itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 42 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, dalam insiden pada 5.10 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Che Hasnah Jusoh, 67, dan Nurin Damia Mohd Nizam, 14 manakala Muhammad Asyraf Abdul Manap, 26, cedera di bahagian kaki.

“Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung Bunut Tok Mak Teh Labok, Machang dan apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh Muhammad Asyraf dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, susulan kemalangan itu, kereta dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk manakala kedua-dua penumpang berjaya dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang.

“Nurin Damia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Che Hasnah meninggal dunia pada 8.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Machang.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan