Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek berjaya ditahan oleh lima pegawai keselamatan di kawasan itu selepas kejadian tembak di ibu pejabat Majlis Ulama Indonesia (MUI) di Jakarta. Foto: MUI

Insiden tembak di Dewan Ulama Indonesia dua cedera, suspek meninggal dunia

ByTVS

JAKARTA, 2 Mei: Suspek kejadian tembak di ibu pejabat Majelis Ulama Indonesia (MUI) di kawasan Menteng, Jakarta Pusat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Terdahulu, suspek dilaporkan menembak dua pegawai di MUI dalam kejadian sekitar jam 11 pagi waktu tempatan di sini.

Kedua-dua mangsa cedera di bahagian lengan dan tangan masing-masing telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

 

Lokasi kejadian di mana kes tembakan berlaku di pejabat Majelis Ulama Indonesia (MUI)di Jakarta hari ini. Foto: MUI

Sejurus itu, suspek berjaya ditangkap oleh lima pegawai keselamatan di kawasan terbabit sebelum merampas sepucuk pistol daripada tangannya.

Mengesahkan kejadian itu, menurut kakitangan MUI, suspek sebelum ini didapati sudah dua kali mengunjungi dewan berkenaan serta menggesa untuk bertemu dengan ketua MUI di situ.

Sepucuk pistol yang dirampas daripada tangan suspek oleh pegawai keselamatan. Foto: MUI

“Betul ada penembakan di kantor  (MUI) iaitu saspek beberapa kali datang kemudian berlaku kejadian berkenaan, namun kami serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.

Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan di lokasi dan difahamkan sehingga kini punca kejadian belum dikenal pasti.– TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan