Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu (tengah) berkata selain mengetengahkan makanan tradisional, BeFA juga platform sesuai untuk mengeratkan silaturahim masyarakat. Turut kelihatan, Dr Richard Rapu. Foto: Pejabat Residen Betong

BeFA 2023 pamer makanan tradisional, budaya etnik

ByFebbright James

BETONG, 2 Mei: Festival Makanan dan Seni Betong 2023 (BeFA) akan menjadi platform bagi mengetengahkan makanan tradisional dan budaya etnik yang mungkin boleh diperkenalkan sebagai produk pelancongan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata BeFA bertemakan ‘Makanan Identiti Budaya Bangsa’ juga mampu mengeratkan silaturahim dalam kalangan usahawan di Betong.

Poster BeFA 2023. Foto: Pejabat Daerah Betong

“Inisiatif ini bertujuan menyediakan satu paltform khusus untuk peniaga dan pengusaha agar dapat menjual produk masing-masing.

“Kita sebagai wakil rakyat akan menyediakan platform seperti festival ini untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk,” katanya pada sidang media BeFA Fest 2023 pada Ahad. Hadir sama, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu.

Anjuran Pejabat Daerah Betong dengan kerjasama Gerempung Tuai Rumah N.36 Layar dan Politeknik Metro Betong, ia diadakan bermula 30 Jun hingga 2 Julai 2023 di Dataran Tasik Medan.

Lima puluh gerai jualan produk makanan, minuman dan kraf tangan akan disediakan untuk disewa.

Rentap berkata lagi, beliau percaya jaringan jalan raya yang semakin baik dengan kewujudan Lebuhraya Pan Borneo akan memudahkan pergerakan orang ramai khususnya di luar Betong datang memeriahkan BeFA.

“Kita berharap masyarakat tempatan dan pengunjung luar agar sama-sama memberi sokongan memeriahkan acara ini supaya dapat dijadikan sebagai satu pengisian acara dalam kalendar pelancongan.

“Sekiranya sambutan menggalakkan, kita akan meneruskan acara seumpama ini pada tahun-tahun yang akan datang,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan