Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta jenis Perodua Viva yang terjatuh ke dalam lubang galian paip yang sedang dalam penyelenggaraan di Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu awal pagi Isnin. Foto: BBP Bintulu

Enam lalui detik cemas, kereta dinaiki terjatuh dalam lubang galian paip

BINTULU, 1 Mei: Angkara terlepas pandang, pemandu lelaki bersama lima penumpang nyaris menemui ajal apabila kereta yang mereka naiki terjatuh dalam lubang galian paip di Jalan Tun Hussein Onn, awal pagi Isnin.

Sepasukan 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.53 pagi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pemandu berusia 36 tahun terbabit bersama lima penumpang termasuk seorang wanita berjaya dikeluarkan orang awam yang berada di lokasi semasa kejadian.

“Kesemua mangsa termasuk lima lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta jenis Perodua Viva terbabit terselamat setelah berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan keluaran operasi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) telah bertindak memberi rawatan awal kepada tiga orang mangsa sebelum dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan lanjut, manakala tiga lagi mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya

“Kesemua mangsa terbabit tidak mengalami kecederaan yang serius namun punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan