Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Tan Sri Bustari Yusof dan para pemimpin yang lain pada Rumah Terbuka Aidilfitri ahli perniagaan berkenaan. Foto: TVS

Abang Johari serikan Rumah Terbuka Aidilfitri ahli perniagaan Bustari

KUCHING, 30 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang berkunjung ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Bustari Yusof di Petra Jaya malam tadi.

Abang Johari dan isteri tiba di rumah berkenaan pada kira-kira 8 malam.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Tan Sri Bustari Yusof dan para pemimpin yang lain pada Rumah Terbuka Aidilfitri. Foto: TVS

Turut menyerikan rumah terbuka berkenaan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, tiga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Abu Bakar Marzuki serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Abang Johari dan tetamu jemputan meluangkan masa kira-kira dua jam di rumah terbuka berkenaan.

Bustari merupakan pengasas syarikat OBYU Holding Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1977. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan