Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba mengusung seorang seorang lelaki berusia 70 tahun yang mengalami kecederaan pada muka, badan dan lutut serta dalam keletihan. Foto: TVS

Lima pendaki terperangkap di Gunung Santubong selamat

ByNurul Amarlina

KUCHING, 30 April: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya berjaya membawa lima pendaki yang terperangkap turun dari Gunung Santubong, di sini, malam ini.

Menurut kenyataan PGO Negeri Sarawak, seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya mula mendaki Gunung Santubong pada jam 9.05 malam dengan membawa stretcher dan perubatan ke lokasi.

Baca artikel berkaitan >>>>> Bomba sedang cari 5 pendaki terperangkap di Gunung Santubong 

“Pihak ranger Gunung Santubong melaporkan seorang lelaki berusia 70 tahun mengalami kecederaan pada muka, badan dan lutut serta dalam keletihan,” jelas kenyataan itu.

Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba di lokasi pada jam 9.56 malam dan membuat rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital. 

Anggota bomba mengiringi pendaki keluar dari Gunung Santubong malam ini. Foto: TVS

Terdahulu, pihak ranger telah menghubungi BBP Petra Jaya pada jam 8.30 malam untuk membantu membawa keluar lima pendaki tersebut kerana keadaan gelap, laluan yang sukar dan mangsa telah terkeluar dari laluan pendakian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan