KOTA KINABALU, 30 April: Hampir 20,000 masyarakat pelbagai peringkat umur di Sabah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.
Majlis itu dimeraihkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disambut dengan terbuka barisan kepimpinan tertinggi Sabah.
Anwar dilihat mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bagi memeriahkan majlis bersama rakyat Sabah serta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Memakai baju melayu segak bewarna biru tua, Anwar turut bersalaman dengan rakyat tempatan yang berduyun – duyun untuk mendampingi beliau.
Semalam Anwar menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah, Perdana Menteri dijadual akan berkunjung ke Pulau Pinang pada 6 Mei, Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan Selangor (14 Mei). – TVS