Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemilik anjing mendapatkan suntikan dos penggalak untuk anjing peliharaannya semasa kempen vaksinasi anti-rabies di Sibu hari ini. Foto: TVS

Kempen anti-rabies di Sibu capai sasaran hari ini

SIBU, 29 April: Program vaksinasi anti-rabies mencapai sasaran dengan sambutan seramai 84 orang pemilik anjing hadir hari ini.

Jurucakap pihak penganjur, Penghulu Wong Ung berkata kehadiran itu menyaksikan sebanyak 134 ekor anjing menerima suntikan dos pertama dan 16 ekor bagi dos penggalak (dos kedua).

“Sasaran awal kita adalah 100 ekor anjing untuk menerima suntikan tersebut.

“Namun kita menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pemilik anjing di Sibu iaitu kita telah berjaya menyuntik vaksin anti-rabies kepada 150 ekor anjing pada penghujung kempen hari ini,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Wong berkata, program kali ini merupakan kali ketiga diadakan serta sambutan daripada pemilik anjing di sekitar bandar ini sangat memberangsangkan.

“Secara keseluruhan, program mendapat sambutan yang sangat memuaskan.

“Suntikan adalah percuma kepada semua anjing yang dihantar ke sini termasuk program sebelum ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wong turut memberitahu bahawa pemilik anjing yang tidak berpeluang menghantar anjing mereka pada kempen hari ini bolehlah menghantarnya ke premis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Bahagian Sibu di sini.

“Vaksinasi adalah percuma dan kita berharap orang ramai mempunyai kesedaran tentang bahayanya rabies dalam kehidupan kita,” ujarnya.

Program vaksinasi anti-rabies itu dianjurkan Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Cina Bahagian Sibu bersama JPVS Bahagian Sibu telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sacred Heart di sini.

Kempen yang bermula pada jam 9.30 pagi hingga 2 petang itu turut dihadiri oleh Pengerusi KMKK Cina Bahagian Sibu Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming dan Ketua JPVS Bahagian Sibu Dr Siong Jing Jing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan