Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Singapura

COVID: Pesara Rakyat Malaysia Antara 26 Kes Baharu di Singapura

ByBernama

SINGAPURA, 27 Mei – Seorang pesara Malaysia berusia 74 tahun merupakan antara 26 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) republik itu.

“Hasil ujiannya disahkan positif pada 25 Mei. Hasil ujian serologinya negatif. Beliau menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 19 Mac,” kata kementerian dalam data lengkapnya yang dikeluarkan malam tadi.

Pesara lelaki itu adalah ahli keluarga dan serumah dengan kes 63,709, seorang wanita tempatan berusia 46 tahun yang bekerja sebagai setiausaha di Prestige Legal LLP dan disahkan positif COVID-19 pada 24 Mei.

Tiga kes baharu yang dilaporkan pada Rabu juga melibatkan rakyat Malaysia lain dengan dua diklasifikasi sebagai tidak berkait dan satu lagi berkait dengan kluster “dealer” Marina Bay Sands Casino yang kini mencatatkan tujuh kes.

Sehingga tengah hari Rabu, republik itu melaporkan sejumlah 61,916 kes jangkitan keseluruhan, 34 kluster terbuka dengan yang terbesar melibatkan kluster Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dengan 108 kes.

Terdapat 242 kes yang disahkan masih dipantau di hospital, dengan kebanyakannya stabil atau semakin pulih.

Dua pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi dan 18 yang lain menggunakan bantuan oksigen, kata kementerian itu.

– BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan