Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Julaihi Narawi (lima,kiri) merakam kenangan bersama pengamal media dan kakitangan kementerian Utiliti dan Komunikasi semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementerian itu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching.

125 menara komunikasi pintar beroperasi sepenuhnya Jun ini – Julaihi

KUCHING, 29 April: Kementerian Utiliti dan Komunikasi Sarawak mensasarkan sebanyak 125 menara komunikasi pintar di seluruh negeri akan beroperasi sepenuhnya untuk memberikan liputan komunikasi dan jaringan internet menjelang Jun ini.

Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata, sehingga 22 April lalu sebanyak 70 buah menara daripada keseluruhan 600 menara sudah dilengkapi dengan peralatan komunikasi pelbagai rangkaian (MOCON).

125 menara telekomunikasi mula beroperasi Jun ini

Katanya, sebanyak 55 menara lagi akan dipasang dengan peralatan sama dalam tempoh sebulan ini sekali gus membolehkan kebanyakkan kawasan memperoleh liputan komunikasi dan internet.

“Proses ini masih berjalan pada masa sekarang dan dalam masa yang sama apa yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga masih berjalan.”

“Jadi kita berharap kita akan dapat menyediakan liputan secara menyeluruh untuk seluruh negeri Sarawak dalam masa yang terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Komunikasi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Menurut Julaihi, pembinaan 600 menara komunikasi pintar tersebut merupakan sebahagian daripada campur tangan Kerajaan Sarawak menerusi penyaluran peruntukkan berjumlah RM1.8 bilion tambahan kepada peruntukkan berjumlah RM4 bilion yang disalurkan kepada MCMC bagi tujuan memperluaskan liputan internet di Sarawak.

Katanya, untuk mencapai kadar liputan internet menyeluruh, Sarawak memerlukan sebanyak 7,000 menara komunikasi untuk dibina di seluruh negeri itu.

“Sehingga sekarang, lebih 50 peratus, lebih daripada 3,500 menara sudahpun dibina di seluruh Sarawak, jadi maknanya kita akan sentiasa mempertingkatkan dan menaik taraf menara-menara ini di seluruh Sarawak dalam usaha memastikan kadar liputan internet yang menyeluruh di negeri ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan