Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli keluarga Barbara Mendu Bay (dua dari kanan) menghulurkan sumbangan bernilai RM 10,000 kepada Alice (tengah). Foto: TVS

Lancar dana pendidikan Barbara Mendu Bay, perkasa kanak-kanak Dayak

KUCHING, 29 April: Dana pendidikan Barbara Mendu Bay dilancarkan hari ini sebagai inisiatif memperkasakan keperluanĀ pendidikan kanak-kanak kaum Dayak terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

Khabar baik berhubung penubuhan dana tersebut menurut Pengerusi ke-10 Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Dato Ir. Alice Jawan Empaling telah diilhamkan sejak dua tahun lalu.

Beliau memberitahu setakat ini setiap ahliĀ SIDS daripada pelbagai peringkat cabang seluruh Sarawak telah menghulurkan sumbangan hingga berjaya memperoleh kutipan dana berjumlah lebih RM 150,000.

ā€œSumbangan yang dihulurkan oleh ahli SIDS adalah bukti perpaduan yang wujud dikalangan ahli SIDS.”

ā€œSelain sumbangan yang dihulurkan oleh ahli SIDS, sumbangan terbesar diterima SIDS adalah dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berjumlah lebih RM 111,000.”

ā€œJumlah ini tidak termasuk sumbangan yang dihulurkan pada majlis malam tadi oleh Menteri Permodenan, Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom serta tetamu lain yang hadir berjumlah RM 115,000.”

Alice berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Agung Tahunan SIDS disebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Untuk rekod, Barbara Mendu Bay merupakan pengasas dan President pertama SIDS pada tahun 1965.

Pada majlis yang sama ahli keluarga Barbara Mendu Bay turut menghulurkan sumbangan kepada dana tersebut berjumlah RM 10,000.

Hadir sama Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kintang Lo Khere Chiang dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan