PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 atas kesalahan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal bulan ini.
Selain pasangan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
“Tiga anaknya, Norman Hakim dan Abby Abadi juga dikenakan kompaun,” menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.