OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dipercayai dibaham buaya dibahagikan kepada tiga sektor dengan radius pencarian sekitar satu hingga empat kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.
Menurut Operasi diketuai PBK II Nurzainuldin Marzukie, operasi SAR dimulakan dengan menggunakan sebuah bot penyelamat menyusuri sungai dari pengkalan feri Samarahan ke Sungai Sabang.
Operasi hari kedua ini turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam, RELA serta penduduk kampung.
Terdahulu, mangsa yang berusia 30 tahun dikatajkan sedang menjala udang bersama-sama bapa dan bapa saudaranya di sungai Kampung Naie Lama.
Jala tersangkut memaksa mangsa perlu menyelam namun terus hilang tanpa kesan.