Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak Kullin Djayang.

STU sokong penggunaan semula pelitup muka di sekolah

ByTVS

KUCHING, 28 April: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyokong cadangan agar pemakaian pelitup muka di sekolah diwajibkan semula ekoran penemuan varian baharu COVID-19 iaitu XBB.1.16 atau dikenali sebagai Arcturus.

Presiden STU Kullin Djayang berkata, langkah berjaga-jaga amat penting bagi mengelakkan kes baharu meningkat dalam kalangan murid, pelajar dan guru.

“Kita semua memang telah lengkap divaksin tetapi kita tidak tahu sejauh mana kesan varian baru Arcturus ini.

Baca artikel berkaitan: 
1. COVID-19: Kerajaan belum bercadang wajibkan semula pemakaian pelitup muka – Dr Zaliha

“Lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidapi penyakit kronik,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Katanya lagi, pemakaian pelitup muka harus diutamakan, lebih-lebih lagi semasa menjalankan aktiviti berkumpulan.

“Pemakaian pelitup muka amat perlu diberi perhatian khasnya di sekolah, van, makmal, perpustakaan dan bilik-bilik kelas yang tertutup.

“Begitu juga ketika menjalankan Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang melibatkan aktiviti berkumpulan kerana ketika itu murid sudah pasti duduk berdekatan atau bersentuhan antara satu satu sama lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan