Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Zaliha Mustafa pada majlis sidang media sempena Town Hall Kertas Putih Kesihatan di Kuching, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Pusat kanser Sarawak berpotensi dikembang sebagai pusat kanser Borneo – Dr Zaliha

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 27 April: Pusat kanser Sarawak berpotensi dikembangkan perkhidmatannya kepada warganegara Indonesia dan Brunei setelah cadangan pembinaannya direalisasikan, sekali gus menjadi pusat perubatan kanser di Borneo.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa yang berkata demikian, menambah apa yang lebih penting pusat itu bakal mengurangkan kos perubatan pesakit berbanding mendapatkan rawatan di Semenanjung Malaysia.

Baca artikel berkaitan >>> Kerajaan Sarawak sedia bina pusat kanser, kerjasama dengan kerajaan Persekutuan

“Berkenaan pusat kanser Sarawak, saya juga telah berbincang dengan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) pagi tadi (hari ini). 

“Kita akan lihat dengan lebih terperinci dan memastikan model kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri (adalah) yang terbaik. Sebab kita tahu kepentingannya dan boleh membantu banyak dari pelbagai sudut,” katanya pada sidang media sempena Town Hall Kertas Putih Kesihatan di sini, hari ini.

Pada Januari lepas, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak bersedia membina sebuah pusat kanser menggunakan dana kerajaan negeri menjelang akhir tahun ini jika kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Menurutnya, pusat kanser itu akan menyumbang kepada penjagaan kesihatan rakyat Sarawak dan memenuhi keperluan pesakit kanser dari Sabah dan negara jiran.

“Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan yakni kita membina bangunan yang menelan kos sekitar RM800 juta, manakala kerajaan Persekutuan menyediakan tenaga pakar dan peralatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan