KUCHING, 28 April: Pengeluar produk makanan bertanggungjawab ke atas kualiti dan keselamatan produk serta mematuhi piawaian, kata Majlis Tindakan Pengguna Negara MPTN Cawangan Sarawak, Ryan Lim.
Pengguna pula digesa agar lebih peka ketika membeli dan menggunakan produk makanan serta menyemak label makanan dengan teliti.
“Kita juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan ujian yang lebih meluas dan kerap ke atas produk makanan untuk melindungi pengguna daripada potensi risiko kesihatan,” katanya ketika dihubungi TVS pada Khamis.
Beliau diminta mengulas mengenai dua jenama mi segera yang diarah ditarik balik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini kerana mengandungi ‘ethylene oxide’ yang boleh mendorong kepada kanser, iaitu
Lim berkata lagi, MPTN komited akan meneruskan sokongan berkaitan akses kepada pilihan makanan sihat dan selamat.
“Kita menggalakkan pengguna agar mengutamakan kesihatan mereka dengan membuat pilihan bijak dan mengamalkan gaya hidup yang seimbang dan sihat,” katanya. – TVS