Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato’ Abdul Mutalib Alias bersama para pemegang saham BPHB pada Mesyuarat Agung Tahunan Bintulu Post Holdings Berhad di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Bintulu Port Holdings Berhad catat peningkatan pendapatan RM791.26 juta

ByRegina Lee

KUCHING, 27 April: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) mencatatkan pendapatan operasi RM791.26 juta bagi tahun kewangan 2022, kata pengerusinya, Dato’ Abdul Mutalib Alias.

Menurutnya, peningkatan 8.6 peratus berbanding tahun sebelumnya didorong oleh kenaikan jumlah kendalian kargo oleh tiga anak syarikatnya.

“Didorong oleh ekonomi global ke arah pemulihan, jumlah kendalian kargo Kumpulan pada 2022 meningkat sebanyak 7.6 peratus kepada 50.73 juta tan daripada 47.16 juta tan pada 2021,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-27 BPHB di sini, hari ini.

Mengenai perkara sama, kenyataan media BPHB menjelaskan peningkatan prestasi diterajui oleh peningkatan dalam kendalian gas asli cecair (LNG), meningkat 8.5 peratus daripada 22.95 juta tan kepada 24.89 juta tan pada 2022.

“Kumpulan juga mengalami pengembangan volum dalam kendalian kargo bukan LNG, yang meningkat sebanyak 6.7 peratus kepada 25.83 juta tan daripada 24.21 juta tan pada 2021,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, keuntungan selepas cukai BPHB susut kepada RM127.72 juta daripada RM363.19 juta tempoh sama pada 2021.

Penyusutan itu disebabkan terutamanya oleh transaksi `sekali sahaja’ pada pengiktirafan tertunda aset cukai yang timbul daripada elaun cukai pelaburan yang tidak digunakan di salah satu anak syarikatnya, Samalaju Industrial Port Sdn Bhd pada 2021.

Beliau turut mengumumkan pencapaian BPHB dalam beberapa tonggak korporat pada 2022 sebagai pembekal perkhidmatan pelabuhan dan marin, antaranya ialah tambahan empat lagi talian eksport baharu di Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) dari 13 kepada 17 talian pada satu-satu masa.

“Tahun 2022 juga menyaksikan pelayaran sulung kapal Tiger Bintulu di Bintulu International Container Terminal (BICT) yang membawa 400 unit tangki ISO LNG.

“Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB) yang memulakan operasinya pada 2012 telah menyambut ulang tahun ke-10 yang dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan