Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Dr Zaliha Mustafa di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: TVS

COVID-19: Kerajaan belum bercadang wajibkan semula pemakaian pelitup muka – Dr Zaliha

ByYusuf Shukri

KUCHING, April 27: Kerajaan belum bercadang untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka susulan penemuan varian baharu COVID-19 iaitu XBB.1.16 atau dikenali sebagai Arcturus.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa yang berkata demikian, menambah meskipun demikian, orang ramai digalakkan menggunakan pelitup separuh muka sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, garis panduan bagi perlindungan golongan berisiko, terutama murid dan pelajar sekolah akan dirangka dan diumumkan dalam masa terdekat.

“Garis panduan tersebut akan dibincangkan bersama dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk melihat intipati garis panduan tersebut kerana kita faham kerisauan ibu bapa.

“Mereka (kanak-kanak) sangat terdedah dalam situasi sesak seperti di dalam kelas dan ketika sesi persekolahan tamat.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meneliti perkara ini untuk menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak kita,” katanya ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Mengenai pertemuan itu, Dr Zaliha berkata antara perkara dibincangkan berhubung pembinaan hospital dan fasiliti kesihatan baharu termasuk pembinaan pusat kanser di Sarawak.

Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak adalah untuk meningkatkan tahap kualiti penjagaan kesihatan rakyat.

“Saya dan Premier Sarawak juga membincangkan bagaimana cara untuk memastikan kakitangan kesihatan di Sarawak ini mencukupi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan