Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Puan Sri Profesor Dr Fatimah Hamid Don

Professor wanita Melayu pertama, Fatimah Hamid Don meninggal dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 April: Profesor wanita Melayu pertama, Puan Sri Profesor Dr Fatimah Hamid Don meninggal dunia pada usia 89 tahun awal pagi ini.

Anak Allahyarham, Dr Fawziah Tan Sri Ishak berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 2.35 pagi ketika dalam fasa pemulihan selepas mengalami strok sejak setahun lepas, di Hospital KPJ Tawakal.

“Kami terkejut kerana masa raya pertama ibu saya beritahu beliau dapat jalan enam langkah dan sangat positif untuk pulih daripada strok. Beliau merupakan role model saya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jenazah Allahyarham disembahyangkan di masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, Petaling Jaya selepas solat zohor.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan dan dua cucu perempuan.

Pada masa sama, cucunya Dr Dima Marlina Mohd Rafi menerusi hantaran di Facebooknya berkata pemergian Allahyarham bukan sahaja sebagai seorang ibu dan nenek, tetapi juga sebagai tokoh pendidikan negara dan pemerkasaan wanita.

Antara pencapaian Allahyarham ialah menjadi wanita Melayu pertama memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di Universiti California, Amerika Syarikat dan dianugerahkan Pingat Fatimah sempena Hari Wanita pada 1988.

Allahyarham juga telah berkhidmat dalam bidang pendidikan sejak 1956 dan menjawat pelbagai jawatan tinggi termasuk sebagai pegawai pelajaran, guru serta pensyarah maktab.

Fatimah bersara sebagai profesor pada 1990 setelah berkhidmat 26 tahun di Universiti Malaya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan