Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari pada majlis ramah tamah Aidilfitri bersama masyarakat Sibu di Dewan Lakis pada Selasa. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Premier Sarawak bakal umum buah tangan untuk golongan PKS

ByDouglas Elliot

SIBU, 25 Apr: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengumumkan buah tangan khas kepada pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak.

Beliau memberitahu Kerajaan Sarawak bakal memperkenalkan satu inisiatif yang akan memacu sektor berkenaan yang menjadi tunjang ekonomi Sarawak.

“Dalam masa tiga bulan ini, ada satu lagi perkara yang akan memberi impak kepada industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya pada majlis rahmah tamah Aidilfitri bersama masyarakat Sibu di Dewan Lakis pada Selasa.

Ujarnya, satu institusi akan dibentuk bagi memberi kemudahan kewangan bagi membantu golongan PKS untuk terlibat dalam pembangunan ekonomi baharu.

“Institusi itu memberi kemudahan pinjaman dan dana kemudahan mengikut lunas-lunas ekonomi untuk mereka berusaha dalam ekonomi baharu,” katanya.

Tambah beliau, kemudahan infrastruktur dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025 dan ini akan memberi kemudahan untuk membangunkan industri PKS di Sarawak.

“Di sinilah peranan yang dimainkan oleh para usahawan untuk menambah nilai kepada sumber yang terdapat pembangunan infrastruktur yang kita bangunkan.

“Ekosistem ini akan memberikan pembangunan usahawan PKS yang sangat diperlukan untuk pembangunan ekonomi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan