Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Panjang Kampung Sok yang memerlukan proses baik pulih dan pemuliharaan. Foto: TVS

Rumah khazanah Rumah Panjang Kampung Sok, bakal ubah wajah Matu

MATU, 25 April: Projek membaik pulih Rumah Panjang Kampung Sok yang menelan belanja RM 20 juta diyakini akan mengubah wajah Matu, kata Datuk Dr Juanda Jaya.

Namun begitu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) memohon waris rumah pusaka itu bekerjasama bagi membolehkan proses membaik pulih dan pemuliharaan khazanah penting masyarakat Melanau itu dapat dilakukan oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, projek tersebut akan mengambil masa yang lama serta melalui prosedur yang ketat ekoran ia akan memberi impak besar kepada komuniti setempat.

“Kita telah memohon kepada pihak Jabatan Muzium dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan agar Rumah Panjang Kampung Sok ini segera diwartakan di bawah Ordinan Warisan Sarawak 2019 agar proses baik pulih yang selama ini telah dirancang dalam anggaran sekitar RM20 juta dapat segera diluluskan oleh pihak kerajaan.

“Saya telah memberikan penjelasan kepada penduduk kampung agar memberikan kerjasama sepenuhnya agar urusan pendaftaran ini dapat segera dilakukan,” katanya ketika ditemui media di Matu pada Isnin.

Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng berkata, usaha pemuliharaan Rumah Panjang Kampung Sok yang merupakan satu-satunya khazanah kaum Melanau di dunia amat penting bagi memastikan warisan bersejarah tersebut dapat dikekalkan sekali gus menjadi tarikan pelancong.

“Anggaran proses baik pulih ini dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Insya-Allah kita akan segera susuli setelah jalan pesisir siap, Rumah Panjang Kampung Sok yang merupakan satu-satunya khazanah kaum Melanau di Sarawak dapat dimasukkan dalam senarai tempat pelancongan di Sarawak,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan projek tersebut kini menduduki senarai teratas dalam program baik pulih yang akan dilaksanakan oleh agensi berkaitan namun, ia bergantung kepada kerjasama sepenuhnya oleh waris rumah berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan