Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Julaihi (tengah) pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Heritage, Petra Jaya, hari ini. Foto: UKAS

55 menara SMART ‘on air’ bermula Gawai ini

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 April: Sekurang-kurangnya 55 lagi menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) akan dilengkapi kemudahan bersiaran ataupun ‘on air’ menjelang sambutan Gawai Dayak tahun ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, setelah selesai proses pemasangannya nanti, ia akan dapat digunakan oleh syarikat penyedia telekomunikasi sedia ada seperti CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

Jelasnya, 70 menara-menara tersebut yang menggunakan teknologi Rangkaian Teras Berbilang Pengendali (MOCN) telah pun berfungsi dengan baik bermula pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Pemasangan dilaksanakan oleh Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) sepenuhnya pada menara yang telah dibina termasuk menara yang sedang dibina dan ia mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk disiapkan dan membabitkan dua fasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Heritage, Petra Jaya, hari ini.

Katanya, Sarawak memerlukan 7,000 menara untuk membolehkan rangkaian internet dapat diperluaskan secara keseluruhannya di negeri ini.

“Sekarang kita sudah mencapai lebih daripada 50 peratus menara sudah dibina di seluruh Sarawak,” ujarnya lagi.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM1.89 bilion untuk melaksanakan projek SMART. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan