Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto sekitar kunjungan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di rumah terbuka Aidilfitri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi dan Timbalannya, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di kediaman mereka di sini, hari ini. Foto: TVS

Jadual padat Premier Sarawak hadiri rumah terbuka pada raya ketiga

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 24 April: Jadual Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada hari raya ketiga Aidilfitri padat diisi dengan kunjungan ke rumah terbuka menteri-menteri Kabinet Sarawak dan golongan kenamaan.

Ziarah Aidilfitri Abang Johari bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dimulakan dengan menghadiri rumah terbuka Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di kediamannya di sini, pada jam 11 pagi.

Turut kelihatan pada majlis rumah terbuka itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep.

Usai majlis itu, Abang Johari meneruskan kunjungan ke rumah terbuka Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Majlis itu menyaksikan kehadiran sekitar 1,000 pengunjung merangkumi senarai VIP dan masyarakat dari kawasan Samariang.

Sejurus selepas selesai, Abang Johari mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi dan Timbalannya, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

 

Pada sebelah petang pula, Abang Johari menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Shell di sebuah hotel terkemuka di Kuching sebelum menziarahi mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Tan Sri Safri Awang Zaidell.

Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib pada jam 4 petang.

Ketibaan Tun Taib dan Abang Johari disambut Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman serta suami, Fierol Sobeng.

 

Manakala, pada sebelah malam, Abang Johari mengunjungi rumah Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid dan balu kepada Ketua Menteri Sarawak ke-5, Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem iaitu Datuk Patinggi Puan Sri Jamilah Anu di kediamannya di Santubong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan