Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai beratur ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Premier Sarawak di BCCK hari ini. Foto Rafiq (TVS)

Lebih 10 ribu orang hadir Rumah Terbuka Aidilfitri dianjurkan Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 April: Lebih 10,000 orang memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hari ini.

Lebij istimewa, majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu menyaksikan kehadiran rakyat berbilang kaum dan agama sekali gus menyerlahkan lagi perpaduan dan keharmonian yang wujud sejak sekian lama di Sarawak.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang bersalam dengan kanak – kanak yang turut hadir majlis rumah terbuka anjurannya hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Majlis turut dihadiri oleh dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah turut hadir.

Abang Johari dan isteri akan mengadakan satu lagi majlis rumah terbuka esok bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan