Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum (tengah) bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Dr Malcolm, kini Setiausaha Agung PRS baharu

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 21 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang baharu.

Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum mengumumkan perlantikan itu berdasarkan hak prerogatif yang dimiliki oleh beliau.

“Saya ingin mengumumkan di sini bahawa pada mesyuarat hari ini, Setiausaha Agung baharu kita ialah Datuk Dr Malcolm Mussen.

“Ini merupakan kali pertama beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi sebagai Setiausaha Agung baharu di mana sebelum ini beliau merupakan Bendahari Agung.

“Jika anda bertanya kepada saya sama ada saya berunding dengan sesiapa, saya berkata tidak, kerana perlembagaan tidak memperuntukkan presiden mesti berunding atau mesti merujuk kepada majlis tertinggi, tidak,“ katanya pada sidang media Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Naib Presiden PRS, Datuk Aaron Ago Dagang, Ketua Pemuda, Datuk Snowdan Lawan dan Ketua Wanita, Doris Sophia Brodie.

Selain itu, Joseph memberitahu, tugas Bendahari Agung kini diamanahkan kepada Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta, manakala Timbalannya pula ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi.

Sementara itu, Joseph berkata, Kerajaan Sarawak perlu menyegerakan pelantikan Temenggong bagi masyarakat Iban memandangkan terdapat kekosongan.

Beliau menggesa jawatan itu diisi dengan melantik ahli daripada PRS.

“Kita mahu ahli kita dipertimbangkan untuk jawatan seperti Penghulu, Pemanca dan Temenggong.

“Kita mahu ahli PRS lain mengambil alih kerana tidak banyak jawatan yang diduduki PRS terutamanya Temenggong di semua bahagian di Sarawak.

“Saya rasa PRS hanya ada satu sebelum ini, sekarang saya rasa ada kekosongan di dalamnya jadi kami ingin kekosongan itu diisi oleh ahli PRS, “ gesanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan