Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lokasi penemuan rangka manusia dipercayai mayat seorang lelaki tanpa identiti di kawasan semak di tepi Jalan Kristal di Sibujaya. Foto: JSJ IPD Sibu

Mayat reput lelaki tanpa identiti ditemui di Sibujaya

SIBU, 21 April: Mayat yang sudah mereput dipercayai lelaki tanpa identiti ditemui oleh seorang pemuda ketika membuang air kecil di tepi Jalan Kristal di Sibujaya, dekat sini pada. Jam 9.30 pagi pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berkenaan kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan itu di Balai Polis Sibujaya pada jam 10.08 pagi.

“Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan Balai Polis Sibujaya telah pergi ke lokasi pada jam 10.15 pagi dan mendapati rangka masnusia dalam keadaan reput.

“Siasatan awal polis di lokasi mendapati rangka ditemui tidak berbaju serta dalam keadaan terbaring.

” Keadaan mayat semasa ditemui sudah reput dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada sebulan berdasarkan keadaan si mati dan tengkoraknya sudah kelihatan dan berbau,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya pemeriksaan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pengenalan identiti si mati ditemui.

“Pasukan penyiasat juga tidak menemui sebarang kesan yang mencurigakan atau unsur-unsur jenayah ke atas mayat,” jelasnya.

Zulkipli berkata mayat seterusnya dibawa ke rumah mayat hospital  di sini untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kehilangan ahli keluarga atau mengenali mangsa diminta berhubung dengan balai polis berhampiran atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspekstor Rodua Tayo di talian 013-8420588 atau Bilik Gerakan IPD Sibu di talian 084364373 bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan