Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DSP Sila menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan risalah kepada salah seorang penunggang motosikal di Stesen Petronas Lawas. Foto: Adeng Idrus

Advokasi kesedaran keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri 2023 di Lawas

LAWAS, 21 April: Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2023 dilancarkan di sini pada Khamis bagi memberi pendedahan kepada orang ramai berhubung kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya.

Dijayakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dengan kolaboratif bersama Petronas Lawas menurut Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong berkata, program berkenaan diadakan khusus sepanjang Ops Selamat di sini.

IPD Lawas dan Petronas Lawas menjayakan Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Bersempena Op Selamat 20. Foto: Adeng Idrus

“Kita mohon kepada semua warga Lawas untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan jangan tergesa-gesa, utamakan keselamatan semasa memandu dan menunggang kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada program itu edaran risalah Keselamatan Jalan Raya dan beg cenderahati turut diserahkan kepada pengguna jalan raya yang berkunjung ke Stesyen Petronas Lawas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan