SONG, Mei 2021 – Seramai 200 orang telah menerima suntikan dos vaksin COVID-19 pertama jenis Sinovic di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song.
Rata-rata yang mendapat dos vaksin tersebut adalah orang awam dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. Program vaksinasi ini akan bermula 24 Mei sehingga 30 Mei ini. Manakala untuk dos yang kedua akan dijalankan pada 15 Jun.
Selain itu, rata-rata yang menerima suntikan dos vaksin semalam mengatakan bersedia dan bersemangat untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat.
Kredit : Unit Komunikasi Awam Sarawak