Bintulu, Mei 27 – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBB) akan melaksanakan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 29 Mei ini.
Jack Amat Luat selaku pengerusinya berkata, pemeriksaan akan dijalankan mengikut bidang kuasa jagaan penguhulu dan setiap anggota akan diketui oleh agensi yang berkaitan dan Pegawai Daerah.
Katanya, “pemantauan ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada penduduk rumah panjang tentang kepentingan penggunaan MySejahtera, pelitup muka dan pembersih tangan (hand sanitizer),”.
Jack Aman menegaskan sekiranya terdapat rumah-rumah panjang tidak mengikuti SOP Diperketatkan PKPB, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk memberi kompoun kepada rumah panjang tersebut.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas JPBB Bintulu di Pejabat Residen Bintulu pada Selasa lepas.
Kredit: Unit Komunikasi Awam Sarawak