Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah. Foto: TVS

Aidilfitri: IPD Kuching laksana Op Selamat bermula hari ini

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 April: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching melancarkan Op Selamat ke-20 selama lapan hari, bermula hari ini bersempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, objektif utama operasi yang berakhir pada 27 April depan adalah bertujuan untuk memastikan pergerakan lalu lintas lancar, mengurangkan kes kemalangan serta kes pecah rumah.

Kata beliau, pasukan tindakan kecemasan (ERT) di bawah seliaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD pula akan ditugaskan untuk memantau keadaan trafik serta mengambil tindakan sekiranya berlaku kesesakan.

“Antara lokasi yang dijangka menjadi tumpuan ialah di Jalan Kuching Samarahan Ekspresway, Jalan Tun Jugah, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Tun Razak, Jalan Satok, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Gambier dan Jalan Main Bazaar,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, seramai 20 pegawai dan 80 anggota IPD berkenaan akan terlibat dalam operasi kali ini.

Sementara itu, Ahsmon turut menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya mengisi borang pemakluman balik kampung.

“Borang boleh didapati di balai polis berdekatan atau secara dalam talian melalui aplikasi VSP dan pautan di Facebook IPD Kuching,” katanya.-  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan