KUCHING, 19 April: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menetapkan hari kelepasan am tambahan bagi seluruh Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.
Memperincikannya, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerusi kenyataan media berkata jika tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, Kerajaan Sarawak menetapkan lsnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.
Baca artikel berkaitan >>>>> Anwar: Satu hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri
Sekiranya 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan Sarawak menetapkan Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.
“Memandangkan hari kedua Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada hari kelepasan mingguan iaitu Ahad, 23 April 2023, maka lsnin, 24 April 2023 adalah cuti gantian secara automatik,” katanya.
Menurutnya, hari kelepasan awam itu diputuskan setelah mendapat nasihat daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – TVS