Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata mendengar penerangan daripada pegawainya pada Program Pencegahan Jenayah PDRM Kolaborasi Bersama Sektor Swasta di Pasar Raya Farley Kota Samarahan, hari ini. Foto: TVS

Kerjasama komuniti dan polis penting dalam mencegah jenayah – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 19 April: Kerjasama erat antara masyarakat dan polis perlu diteruskan dan diperkasakan dalam usaha membanteras kegiatan jenayah terutama di kawasan kediaman.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata penyaluran maklumat berhubung aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa diyakini mampu membantu dalam mengurangkan kadar jenayah.

Malah ia sekali gus dapat mengurangkan risiko berlaku jenayah terutama menerusi langkah pencegahan di kawasan kediaman penduduk selain tempat awam.

“Program ini bertujuan untuk mengingatkan masyarakat tentang pentingnya kesedaran pencegahan jenayah dan tanggungjawab masyarakat dan usaha membendung jenayah.

“Mewujudkan kesedaran untuk bekerjasama dan berkolaborasi di antara PDRM Sarawak, pihak swasta dan masyarakat umum merupakan rakan strategik polis dalam usaha membanteras jenayah dan mewujudkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kepolisan komuniti di Pasar Raya Farley, di sini, hari ini.

Menurut Mancha, keadaan jenayah di Kota Samarahan merekodkan kadar yang rendah dan terkawal susulan langkah pencegahan menerusi operasi yang dijalankan.

Sehubungan itu, tegas beliau, kerjasama semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan kadar jenayah dapat terus diturunkan dengan konsisten.

“Kita akan lebih berjaya menurunkan kadar jenayah apabila orang ramai dapat memainkan peranan sebagai mata dan telinga serta terus bekerjasama dengan PDRM Sarawak.

“Saya harap semua lapisan masyarakat tidak menyerahkan bulat-bulat usaha melaksanakan tugas pencegahan jenayah kepada polis semata-mata, ini bermakna peranan masyarakat itu penting, komuniti penting bekerjasama bagi maklumat dan usaha tuan puan bagi maklumat pencegah jenayah selamat,” katanya lagi.

Menerusi program kepolisan komuniti sempena musim perayaan, Mancha berharap agar komuniti setempat dapat menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya berlaku kegiatan jenayah di kawasan kediaman.

Dengan itu katanya, pencegahan kes pecah rumah serta curi kenderaan dapat diuruskan dengan lebih berkesan sekali gus mengelak kerugian harta benda selain keselamatan penduduk. -T VS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan