Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 27 | Resipi Ketam Goreng Telur Masin dan Sayur Midin Goreng Belacan

ByTVS

HIDANGAN apa yang disajikan dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti rancangan Sungkei Episod 27 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Selasa (18 April).

Dua menu yang dipertontonkan ialah Ketam Goreng Telur Masin dan Sayur Midin Goreng Belacan. Sekiranya anda ingin mencuba, ikuti dua resipi sajian di bawah.

Ketam Goreng Telur Masin

Bahan-bahan:

5 ekor Ketam
7 biji bawang putih
6 biji Telur masin direbus
3 tangkai daun kari
3 cili padi
5 sudu mentega
1/2 tin
Susu cair
Gula
Garam

Cara memasak:

  1. 1. Potong setengah setiap ketam
  2. 2. Goreng kering ketam
  3. 3. Cincang halus bawang putih dan cili padi
  4. 4. Cairkan mentega dan tumis bahan cincang
  5. 5. Masukkan daun kari
  6. 6. Masukkan Ketam
  7. 7. Tambah susu cair dan kuning telur masin
  8. 8. Masak selama 3 minit Sedia dihidang

Sayur Midin Goreng Belacan

Bahan-bahan:

1 ikat sayur midin
5 bawang merah
3 tangkai cili padi
2 sudu udang kering
1 cm belacan
Garam
Gula

Cara memasak:

  1. 1. Kisar bawang merah, cili padi, udang kering dan belacan
  2. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
  3. 3. Masak sehingga naik bau
  4. 4. Masukkan midin dan tunggu selama 2 minit
  5. 5. Masukkan garam dan gula
  6. 6. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan