Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada sidang media semasa selepas Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2023 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Tujuh tangkapan dan rampasan melibatkan bunga api dan mercun – Pesuruhjaya Polis Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 18 April: Polis Sarawak mencatatkan tujuh tangkapan atas kesalahan memiliki dan menyimpan mercun dan bunga api tanpa lesen.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata empat tangkapan dilakukan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, IPD Padawan (1), IPD Sibu (1) dan IPD Bintulu (1).

Menurutnya, 8,739 kotak mercun dan bunga api dirampas menerusi dua serbuan di kawasan pentadbiran Polis Daerah Kuching pada Isnin.

Mohd Azman berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2023 di sini hari ini.

Serbuan ke atas sebuah premis di Satok pada 3.30 petang, polis menahan seorang wanita berumur 37 tahun membabitkan rampasan 5,706 kotak mercun dan bunga api.

Serbuan di sebuah premis di Jalan Rubber pula menahan dua lelaki berumur 47 dan 61 tahun membabitkan rampasan 3,033 kotak mercun dan bunga api.

Di kawasan pentadbiran Daerah Padawan pula, Pasukan Gerakan Am merampas 46 kotak mercun dan bunga api di Batu 5, Jalan Penrissen pada hari sama membabitkan penahanan seorang lelaki berumur 49 tahun.

Kesemua kes rampasan dan bunga api tersebut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Setakat 17 April 2023 Bahagian Pelesenan Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak telah menerima sebanyak 379 permohonan untuk berniaga bunga api,” katanya.

Daripada jumlah tersebut, 360 permohonan diluluskan manakala 19 permohonan lagi ditolak.

Jelasnya, 19 permohonan yang ditolak adalah kerana setelah disemak pemohon didapati memiliki rekod jenayah. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan