Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara barangan yang dijual mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2023 dijual di Tamu Limbang. Foto: TVS

Aidilfitri: Bekalan bahan mentah di Limbang mencukupi – KPDN

LIMBANG,19 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bahagian Limbang memberi jaminan bahawa bekalan bahan mentah mencukupi menjelang Aidilfitri ini.

Ketua Cawangan KPDN Limbang, Pulnama Tarah berkata, pihak pembekal dan pemborong di Limbang dan Lawas mengulangi jaminan bekalan mencukupi meskipun terdapat permintaan tinggi terhadap barang kawalan menjelang Aidilfitri ini.

 

Orang ramai membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di Limbang. Foto: TVS

“Untuk awal minggu ini dijangkakan lima tan daging ayam dan 4,000 ribu papan telur akan sampai. Bekalan barang lain tiada masalah termasuk barang basah dan juga barang kering,” katanya ketika ditemui TVS di pejabatnya pada Selasa.

Pulnama turut menasihati peniaga agar tidak mengambil keuntungan berlebihan selain mengamalkan etika perniagaan yang baik.

Golongan pengguna pula katanya turut dinasihatkan untuk berbelanja secara berhemah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya seramai 12 pegawai penguat kuasa dibantu 12 lagi pegawai pemantau harga akan bertugas melakukan pemeriksaan dan pemantauan semasa musim perayaan Aidilfitri ini bagi memastikan bekalan mencukupi memandangkan permintaan tinggi menjelang Aidilfitri.

 

Ketua Cawangan KPDN Limbang Pulnama Tarah. Foto: TVS

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya membuat aduan jika terdapat peniaga yang menaikkan harga barangan melebihi had ditetapkan ataupun berlaku kekurangan bekalan.

Katanya lagi, 20 jenis barangan ditetapkan menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023 yang bermula pada 15 April lepas sehingga 30 April depan.

Barangan terbabit ialah daging lembu import (Sarawak sahaja), ikan kembung, ikan selayang, tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau, halia tua import, bawang besar merah import, bawang besar kuning, bawang putih China, bawang kecil merah India (ros), bawang kecil merah India, ubi kentang import (China), cili kering,kacang tanah,halia tua import, kelapa biji dan kelapa parut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan