Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada sidang media semasa Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2023. Foto: TVS

Jenayah komersial: Sarawak catat kerugian RM34.3 juta untuk Januari-April 2023

BySalasiah Safian

KUCHING, 18 April: Kes jenayah komersial di Sarawak meningkat 17.69 peratus untuk tempoh 1 Januari hingga 16 April 2023 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata 885 kes dicatatkan berbanding 752 kes pada 2022.

“Kerugian jenayah komersial untuk 1 Januari hingga 16 April pada 2023 adalah RM34.3 juta, manakala bagi tempoh sama pada 2022 adalah RM20.7 juta iaitu peningkatan RM13.6 juta atau 65.46 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2023 bersama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah di sini, hari ini.

Jelasnya, jumlah kes jenayah komersial tertinggi adalah melibatkan e-dagang dengan 172 kes membabitkan nilai kerugian RM1.3 juta disusuli tawaran pekerjaan (103 kes/ RM1.8 juta), pinjaman tidak wujud (93 kes/ RM654,000), phone scam (63 kes/ RM2.8 juta) dan pelaburan (60 kes/ kerugian RM5.3 juta).

Sehubungan itu katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak akan terus berusaha membendung jenayah komersial membabitkan 239 tangkapan pada 2023.

Menurutnya lagi, jumlah yang dituduh di mahkamah merangkumi 396 orang termasuk kes tahun terdahulu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik jika menerima panggilan telefon dengan muslihat atau tipu helah dengan mengatakan mereka terlibat dengan kes pengubahan wang haram, kes jenayah dan kes dadah.

“Apabila dihubungi pihak yang mencurigakan, jangan sesekali memindahkan wang atau memberikan butiran perbankan kepada mereka, sebaliknya terus hubungi atau hadir di balai polis atau bank yang berhampiran bagi mendapatkan nasihat,” ujarnya.

Orang ramai boleh membuat semakan nombor akaun bank suspek di portal semak Mule PDRM atau laman web (https://semakmule.rmp.gov.my/). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan