KOTA SAMARAHAN (26 Mei): Seorang lelaki berusia 30 tahun dipercayai disambar buaya ketika melakukan aktiviti menjala di Batang Samarahan di Kampung Naie sekitar jam 11:30 pagi tadi.
Ketika dihubungi kru TVS, bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Rabanie sempat menceritakan semula bagaimana insiden tersebut berlaku kepada anaknya ketika mereka bertiga pergi menjala bersama bapa saudaranya.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan sejurus pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan menerima panggilan kecemasan pada jam 12:16 tengah hari pada Rabu.
Saksikan Utama TVS 8 malam ini untuk laporan selanjutnya.