Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 26 | Resipi Sup Ikan Tenggiri dan Kerabu Mangga

ByTVS

HIDANGAN apa yang disajikan dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti rancangan Sungkei Episod 26 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Isnin (17 April).

Dua menu yang dipertontonkan ialah Sup Ikan Tenggiri dan Kerabu Mangga. Sekiranya anda ingin mencuba, ikuti dua resipi sajian di bawah.

Sup Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

4 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 cm halia
1 batang serai
2 sudu air asam jawa
Serbuk kunyit
2 cili padi

Cara memasak:

  1. 1. Didihkan 400ml air
  2. 2. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia
  3. 3. Tumis bahan kisar ke dalam air yang mendidih
  4. 4. Masukkan serai yang dititik dan biarkan mendidih
  5. 5. Masukkan ikan tenggiri, serbuk kunyit dan air asam jawa
  6. 6. Biarkan mendidih dan masukkan cili padi
  7. 7. Sedia dihidang

Kerabu Mangga

Bahan-bahan:

2 biji mangga epal
1/2 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar
7 biji cili padi
10g udang kering
10g kacang kisar
9 biji limau kasturi
2 sudu besar sos ikan
Gula

Cara memasak:

  1. 1.Parut mangga epal
  2. 2. Hiris halus bunga kantan, bawang besar dan cili padi
  3. 3. Campur mangga parut dengan bahan hirisan
  4. 4. Perah limau kasturi bersama campuran mangga
  5. 5. Tambah sedikit sos ikan & gula
  6. 6. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan