Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar (tiga dari kanan) bersama Abang Johari (dua dari kanan) hadir pada Majlis Perasmian Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim di sini hari ini. Foto TVS.

Kerajaan setuju Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri – Anwar

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 17 April: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan pada dasarnya bersetuju dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk melancarkan syarikat penerbangan sendiri.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu antara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini.

Baca artikel berkaitan >>> Syarikat penerbangan sendiri, Sarawak tunggu lampu hijau MOT

Ujar Anwar, beliau memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Sarawak dan Sabah apabila menyentuh soal tambah pengangkutan udara.

“Saya berdialog dengan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru – baru ini. Itulah (harga tiket penerbangan mahal) yang dikeluhkan terutama (dari) Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching di sini, petang tadi.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau bersetuju yang kos penerbangan ditanggung oleh rakyat Sabah dan Sarawak terlalu tinggi.

“Untuk meredakan (kos tinggi), saya ada perkara yang akan diumumkan esok, InsyaAllah,” katanya.

Sebelum ini, Abang Johari berkata, hasrat Sarawak untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri bertujuan untuk mengembangkan syarikat Hornbil Skyways sebagai satu daripada ‘commercial arm’ mereka dan seterusnya memacu industri pelancongan di sini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau tidak meragui kemampuan Sarawak untuk mengendalikan syarikat penerbangannya sendiri kelak kerana telah membuktikan kemampuan urus tadbir pelbagai bidang baharu di Malaysia sebelum ini.

“Keupayaan Kerajaan Sarawak mendepani banyak hal, saya sebut dalam Sidang Parlimen umpamanya, EV (kenderaan elektrik) dia (Sarawak) paling ke depan, gas paling ke depan, terima kasih Abang Jo di atas kepimpinan pasukan beliau.

“(Ini) harus menjadi contoh pengurusan kerajaan negeri kerana pengurusan lemah membebankan Kerajaan Persekutuan dan rakyat,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan