Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbahan Pengarah Bahagian Infrastruktur JKR Sarawak, Ir. Ts. Cassidy Morris menyerahkan risalah keselamatan jalan raya pada Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung hari ini. Foto TVS.

Jangan memandu laju di LPB – JKR Sarawak

KUCHING, 17 April: Ketidakpatuhan terhadap peraturan jalan raya dikenal pasti sebagai punca peningkatan kes kemalangan di Lebuhraya Pan Bonreo (LPB), kata Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Bahagian Infrastruktur JKR Sarawak, Ir. Ts. Cassidy Morris menasihatkan pengguna lebuh raya berkenaan supaya sentiasa mematuhi peraturan termasuk berkenaan papan tanda baharu untuk membuat pusingan P.

Katanya, papan tanda baharu itu dipasang bagi menggantikan papan tanda pusingan U.

“Selain itu itu kita juga mendapati terdapat pemilik kenderaan memandu melebihi had laju sehingga menyebabkan berlaku tiga kemalangan pada setiap minggu di LPB bermula dari Sematan hingga Jalan Pujut Link Miri sepanjang 786 kilometer (km),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Hari Raya Aidilfitri anjuran SaraWorks Sdn. Bhd. dengan kerjasama JKR Sarawak di Simpang Moyan Square, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Kualiti JKR Sarawak Ir. Sim Hui Kheng, Pengarah Projek WPC02 Lebuhraya Pan Borneo, Chuan Chee dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, Asisten Superintendan (ASP) James Jakup Chaling.

Pada program itu, sebanyak 300 kit yang risalah keselamatan dan peraturan di LPB diedarkan kepada pengguna jalan raya.

Mengulas lanjut, Cassidy berkata, sikap memandu secara tidak berhemah perlu diubah untuk kebaikan semua pihak.

“Sebelum ini, jalan di lebuh raya tidak elok, pengguna memandu dengan berhati-hati dan ini menyebabkan kemalangan kurang berlaku.

“Sekarang, apabila LPB hampir siap dan dibuka sepenuhnya, pemandu berasa selesa dan (mereka) memecut kenderaan melebihi had kelajuan yang dibenarkan iaitu 90 km sejam,” katanya.

Kata beliau, terdapat juga pemilik kenderaan yang membuat pusingan U walaupun terdapat papan tanda yang meminta pengguna jalan raya membuat pusing P.

Berhubung cadangan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah supaya dibangunkan kawasan pelancongan di beberapa kawasan terpilih di LPB, Cassidy berkata, pihaknya tidak melihat sebarang isu besar untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

“Pusat pelancongan itu kelak boleh berfungsi sebagai kawasan rehat dan rawat (R&R) kepada pengguna.

“Saya pasti JKR Sarawak akan berkerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bagi memastikan perlaksanaannya dapat dilakukan” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan