Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

AMBIL PELUANG, JANGAN TOLAK SUNTIKAN VAKSIN SAAT AKHIR – SAFIEE AHMAD

ByLuqman Muhammad

DARO: Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menerima suntikan vaksin dilihat masih kurang dimana terdapat segelintir masyarakat mengelak untuk menerima suntikan vaksin pada saat-saat akhir.

Meskipun telah disahkan temu janji untuk menerima suntikan, malangnya ada yang menyatakan untuk menolak bagi mendapatkannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Daro, Safiee Ahmad berkata, berdasarkan tinjauan yang dilakukan bagi kawasannya, hanya 63 peratus sahaja yang datang untuk mendapatkan suntikan.

“Mungkin disini saya melihat kesedaran dikalangan masyarakat kita masih kurang dan nampaknya masih ada yang sangsi dan merasa was-was sebab itulah saya menyeru masyarakat semua melihat perkara ini dengan lebih serius dan ambil satu peluang yang baik untuk menjaga diri kita dan orang sekeliling”

Safiee Ahmad berkata demikian ketika dihubungi TVS pada Rabu.

Sehubungan itu, Safiee turut menggesa mereka yang belum mendaftar untuk berbuat demikian melalui Mysejahtera, ketua masyarakat, ketua kampung atau datang ke pejabat daerah.

“Masyarakat perlu sedar proses vaksinasi ini merupakan satu tindakan yang perlu khususnya bagi kita di Sarawak ini kerana dengan cara ini kita melihat ia satu kaedah untuk kita memutuskan penularan jangkitan covid-19.”

Dalam pada itu Sarawak akan menerima kira-kira sejuta lagi dos tambahan vaksin pada bulan depan untuk diagihkan kepada seluruh rakyat di negeri ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan