Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba memadam kebakaran di bahagian tayar lori di Bulatan Paradom malam tadi. Foto: BBP Sibu Sentral

Pemandu lori kontena cemas, tayar lori meletup dan terbakar

SIBU, 16 April: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila sempat berhenti selepas tayar lori kontena yang membawa muatan barang kitar semula meletup sebelum terbakar di Bulatan Paradom dekat sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar 8.30 malam itu, lelaki berusia 34 tahun itu bertindak keluar dari lori  itu ketika dalam perjalanan dari Kuching menghala ke Miri.

Enam tayar lori yang musnah dan terbakar. Foto: BBP Sibu Sentral

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral telah dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 malam.

“Setiba di lokasi pada jam 8. 55 malam, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan enam biji tayar lori sebelah kanan pemandu telah terbakar.

“Pasukan keluaran operasi telah bertindak memadam kebakaran mengunakan dua salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga api berjaya dikawal 10 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebakaran itu katanya, tidak menyebabkan kebakaran keseluruhan lori dan pemandu lori berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

“Setelah api berjaya dipadamkan, komander operasi mengarahkan anggota untuk memantau sekiranya kebakaran di dalam kontena telah padam sepenuhnya dan memastikan tiada lagi sumber api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 9.53 malam selepas anggota bomba memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum bertolak balik ke balai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan