Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lampu isyarat di Bulatan Intan, Kota Samarahan mula beroperasi pagi ini. Foto: TVS

Projek lampu isyarat siap dan berfungsi, kesesakan di Bulatan Intan Samarahan berakhir

BySaibi Gi

KUCHING, 15 April: Kesesakan jalan di Bulatan Intan, Kota Samarahan kini diatasi dengan pembukaan lampu isyarat di bulatan berkenaan, kata Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos.

Menurutnya, projek pembinaan lampu isyarat di bulatan yang menghubungkan Kota Samarahan, Kuching, Batu 15, Jalan Kuching-Serian dan Kota Sentosa itu siap dan mula berfungsi pagi ini.

Aidel Lariwoo dan Dato Peter Minos ketika di Bulatan Intan bagi meninjau operasi lampu isyarat di Kota Samarahan, hari ini. Foto: Dato Peter Minos

“Kini bulatan paling kritikal di Jalan Kuching-Samarahan Expressway sudah dipasang lampu isyarat, (bulatan) Stutong, Tabuan Tranquility dan kini Intan.

“Ia memudahkan pergerakan pengguna jalan raya. Baki dua bulatan yang tinggal akan dipasang JKR dengan lampu isyarat juga dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan kepada TVS, hari ini.

Ia dibuka oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Aidel Lariwoo pagi ini.

Mengulas lanjut mengenainya, beliau berkata tempoh perjalanan di kawasan bulatan itu kini lebih singkat apabila lalu lintas lebih lancar.

Beliau berkata penduduk Kota Samarahan kini lega selepas terpaksa menempuh kesesakan jalan yang teruk di bulatan berkenaan.

“Sejak sekian lama kesesakan jalan di bulatan ini menimbulkan kemarahan dan kekecewaan. Ia agak berat hendak ditanggung. Kini ia sudah berakhir dan pengguna jalan raya gembira,” katanya.

Minos berkata lagi, MPKS juga sangat gembira apabila projek itu siap. Menurutnya, MPKS turut dikecam ekoran kesesakan di Bulatan Intan sejak sekian lama terutama dalam tempoh seminggu lepas.

“Kini pengguna jalan raya gembira selepas seminggu berhadapan kesesakan jalan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan