Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli SWWS, Kimberly Tan, berkata pihaknya akan giatkan usaha untuk menghalang perkahwinan bawah umur di Sarawak. Foto TVS.

SWWS lancar petisyen halang perkahwinan bawah umur

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 17 April: Pengharaman perkahwinan bawah umur di Sarawak diyakini akan melindungi kanak – kanak dan remaja yang terdedah kepada ‘amalan’ itu, kata Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS).

Wakilnya, Kimberly Tan berkata, atas sebab itu pihaknya telah melancarkan petisyen menghalang perkara itu pada Sabtu lepas dan setakat ini menerima sokongan positif daripada masyarakat.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Kemiskinan dan kes terlanjur faktor perkahwinan bawah umur
  2. 2. Tangisan ‘malam melah pinang’, Amy gadis Iban 13 tahun akur bergelar isteri

 

Katanya, ketika ini SWWS giat mempromosikan petisyen berkenaan untuk mengurangkan bilangan perkahwinan kanak-kanak bawah umur di sini.

“Objektif utama petisyen ini ialah kerana mahu menghentikan perkahwinan membabitkan kanak-kanak yang terlalu muda.

“Mereka berisiko tinggi mengalami pelbagai masalah kesihatan fizikal dan mental, termasuk risiko keguguran, komplikasi semasa bersalin dan kecacatan bayi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Amal Heart to Earth Jumble Sale anjuran SWWS dan Salvation Army di Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) di sini, kelmarin.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Kerajaan Sarawak tidak menyokong perkahwinan bawah umur dan isu berkenaan merupakan perkara yang menjadi perhatian kementeriannya.

Kata Fatimah, kerajaan negeri secara konsisten bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi menyokong had perkahwinan 18 tahun dapat dilaksanakan merangkumi semua lapisan kaum dan agama.

Sementara itu, Kimberly berkata, perkahwinan kanak-kanak menjadi isu sosial yang serius di Sarawak.

Kata beliau, persatuan itu mengenal pasti yang faktor kemiskinan merupakan salah satu punca utama perkahwinan bawah umur.

“Menurut kajian, keluarga miskin terutamanya di kawasan pedalaman cenderung untuk mengahwinkan anak mereka pada usia yang terlalu muda bagi mengurangkan beban kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, katanya SWWS juga menyediakan perkhidmatan Talian Krisis Wanita di talian 016-582 2660 untuk mendengar dan memberi sokongan kepada wanita serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan