Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep (empat kanan) ketika sesi bergambar dalam Majlis Penghargaan Sekalung Budi Daerah Bau. Foto: TVS.

Peruntukan GKCDA digunakan untuk memajukan daerah Bau – Henry

ByRegina Lee

KUCHING, 15 April: Peruntukan RM450 juta di bawah Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) akan digunakan untuk memajukan kawasan Bau, menurut Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata, jumlah peruntukan itu melibatkan tiga wakil rakyat di daerah Bau yang menerima RM150 juta untuk kawasan masing-masing serta sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“RM1.5 bilion kita bahagikan sama rata dan seorang wakil rakyat dapat (peruntukan) RM150 juta. Terdapat tiga wakil rakyat di derah Bau untuk GKCDA, jadi jumlah keseluruhan yang kita dapat ialah RM450 juta.

“Kita ada enam tahun dari sekarang untuk majukan kawasan kita dan kita perlukan kerjasama daripada semua pihak untuk melaksanakan projek-projek pembangunan,” katanya.

Tambah beliau, peruntukan itu turut digunakan untuk membina makmal mini yang mana fokus utamanya adalah pembangunan berasaskan rakyat dengan peserta diberi peluang mencadangkan projek atau program yang sesuai untuk dilaksanakan di kawasan mereka.

Tegasnya, projek-projek yang mempunyai peruntukan yang besar harus mempunyai perancangan yang rapi kerana ia melibatkan banyak agensi untuk pelaksanaanya dan mengambil masa yang lama.

Beliau berkata demikian semasa dalam Majlis Penghargaan Sekalung Budi Daerah Bau di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Wilie Mongin, ADUN Opar Billy Sujang, Timbalan Residen Bahagian Kuching Cheong Yaw Liang dan Pegawai Daerah Bau Constantine Gerald David Jonas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan