Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob ketika mengadakan kunjungan di semua bahagian Markas TLDM sempena Aidilfitri di Wisma Pertahanan semalam. Foto: TLDM (FB).

Aidilfitri: TLDM pertingkat rondaan kawalan keselamatan di perairan negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 April: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mempertingkatkan rondaan kawalan keselamatan di perairan negara dan melaksanakan beberapa operasi menjelang Aidilfitri.

Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob berkata, penugasan TLDM berterusan seperti biasa selama 24 jam dan pusingan kapal anggota yang bertugas telah ditetapkan untuk memastikan operasi berkenaan sentiasa berjalan.

“Penugasan ini membolehkan kita semua berhari raya dengan tenang dan selesa. Selain itu, TLDM juga bergabung dengan agensi penguatkuasaan lain bagi meronda perairan negara.

“Saya juga akan berbuka puasa dan bersama-sama dengan warga TLDM yang bertugas semasa hari raya serta melawat mereka pada malam raya di lima stesen TLDM di luar pantai di sekitar Laut China Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas melakukan kunjungan di semua bahagian Markas TLDM sempena Aidilfitri di Wisma Pertahanan, di sini, semalam.

Abdul Rahman turut mengambil kesempatan memberi nasihat dan peringatan kepada warga TLDM supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga semasa memandu pulang ke kampung serta beraya secara sederhana.

Selain itu, beliau juga berkesempatan berinteraksi secara dalam talian bersama 43 warga TLDM yang sedang berkursus dalam pelbagai kepakaran di 15 negara.

Negara berkenaan adalah Jepun, Singapura, Arab Saudi, Filipina, Thailand, United Kingdom, Bangladesh, Korea Selatan, Pakistan, Taiwan, India, Jerman, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan