Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA). Foto: KDJA.

KDJA mengekalkan jawatankuasa tertinggi bagi penggal 2023-2025

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 14 April: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) mengekalkan jawatankuasa tertingginya bagi penggal 2023 hingga 2025 pada mesyuarat agung tahunan (AGM) hari ini.

Dengan ini, Ronnie Teo dari Borneo Post dilantik semula sebagai Pengerusi KDJA diikuti jawatan lain menang tanpa bertanding.

Seterusnya Naib Presiden, Zulazhar Sheblee dari The Star; Firdaus Arasy Idris dari RTM sebagai Setiausaha dan dibantu oleh Nurshikin Louis dari Dayak Daily sebagai Timbalannya.

Jawatan bendahari turut disandang oleh Kelly Chong dari See Hua Daily dan dibantu oleh Zaphne Philip dari Bernama sebagai Timbalan Bendahari.

Sementara, exconya dibarisi Johnlister Chan dari Sin Chew Daily, Farah Diyana Samsuddin dan Jeeridyne Chan dari TVS, dan Nancy Nais dari Dayak Daily, Angeline Lim dari UKAS.

Manakala Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA), Jacqueline Nur Atiqah untuk berkhidmat sebagai Penasihat dan Edmund Chang sebagai Juruaudit.

KDJA kini mempunyai 380 ahli sejak penubuhannya pada 1972 bertujuan untuj menjaga kebajikan pengamal media dan meningkatkan profesionalisme media di bahagian Kuching.

KDJA akan berkoloboratif bersama FSJA untuk menghadiri Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Ipoh, Perak pada 27 dan 28 Mei.

Aktiviti seterusnya akan mengadakan lawatan ke Pontianak, Indonesia dengan kerjasama Persatuan Wartawan Indonesia pada 5 hingga 8 Julai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan