Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenyataan Media YDH Ketua Polis Daerah Kuching.

Polis tidak temui jejak aktiviti judi di dua pangsapuri di Stutong

ByOdleen Catherny

KUCHING, 14 April: Pihak polis tidak menemui sebarang jejak aktiviti perjudian ketika melakukan serbuan ke atas dua unit pangsapuri yang tular di aplikasi Telegram disyaki melakukan kegiatan haram itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata, pangsapuri yang terletak di Jalan Stutong, Kuching itu diserbu dan diperiksa sepasukan anggota dari Balai Polis Sekama setelah menerima maklumat orang ramai.

“Serbuan dilakukan pada jam 6 petang, 12 April lalu selepas menerima dua laporan polis berhubung kegiatan itu,” katanya hari ini.

Menurutnya serbuan telah dijalankan mengikut prosedur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan